Another You by Cromok

Tuesday, May 21, 2013

Memories and Melodies and Pictures :)

haaaaaaaaaa. apa pulak kali ni aku nak post ? well, hari ni aku nak ceghita sikit pasal hari sabtu lepas (19 MAY) ada apa eh ? haa, ada apa ? aku hari tu ada jumpa IZZUL IFWAT (nama Pesbuknya) dgn FATIN IZZATI. apa yg specialnya ? yg specialnya, mereka ni adalah kenalan FB/Twitter aku. dua orang ni sebaya dgn aku haaa. aku ada ternampak diorang ni dekat satu group di FB, Group Batch 1995. mula mula ada ah main2 komen kat situ. kat Twitter pulak mention dan unmention diorang ni. selalu kat twitter dgn izzati tu. Izzul kat FB je. okay enough with those intro. hmm, aku first time jumpa izzul masa tu kat 7E Kangkar Pulai. di sini lah detik2 pertemuan kami bermula (macam ayat gay --") HAHA. aku dah lama teduh situ dah. dah ckp dgn dia gerak dgn aku. tapi malang seribu malang sayang sekali sayang kerana Izzul tak sempat sampai, hujan dah turun. bila dia sampai jea basah kuyup. aaaaa kesiaaaaaaaannnnnnnnnnn. then aku pun mesej ijati suruh dia tunggu kiteorang. yela ujan kan. lambat aa datang. masa tu ujan lagi, Izzul pun buat keputusan balik umah akak dia kat BBKP. aku stay 7E tu.ada lah dalam 20 minit dia stay umah kakak dia. balik umah tu dia kata dia spin semua pakaian dia yg basah. pastu ujan pun reda. okay ah, then gerak ah kami ke Tebrau City. dalam perjalanan tu tak silap aku sebelum SHELL ada selekoh. rasanya tak tajam sangat. aku nak belok. tapi yela, baru lepas hujan. ada angin lagi. angin tu kuat and then menolak aku. hampir2 aku nak kenap kat divider. sikit lagi kalau tak memang kepala aku terhentak kat situ pastu mesti aku mati. hmmm, sebenarnya aku taknak citer pasal ni, tapi dah terjadi kan... pastu aku dalam perjalanan tu jantung berdebar jea. laju pulak tu berdegup. aku lagi takut bila naik highway Pasir Gudang. ada lah jugak benda yg nak bawak aku kepada tragedi. aku malas nak sedih2 x) apape pun, Alhamdulillah umur aku ni dipanjangkan :)

AHH, cukup dgn cerita aku tadi tu. tu menakutkan. HAHA. tak mau ah takut takut. akhirnya kami sampai jugak Jusco Tebrau. lepas parking motor, kiteorang pegi semayang. pas solat, kami pegi ah kat depan panggung wayang. aku pun mesej kat ijati yg kiteorang dah sampai. sebelum tu dia ada hantar mesej yg dia dah beli tiket. sangkaanku itu ialah dia belikan kami tiket sekali. namun apakan daya, rupanya kiteorang kene beli sendiri. adoii. oleh kerana malas nak tgk wayang dan rasa hampa, kiteorang pun jenjalan jea kat sana. aku lapar. ijul pun lapar. kenapa kalau dua dua lapar ? jadi kami pun usha2 KFC dan macam2 lagi namun bajet 2013 tidak mencukupi lalu kami jalan lagi lepas tu jalan punya jalan punya jalan kami pegi AEON kat bawah tu dan akhirnya beli makanan kat sana. lepas pusing dan jamah makanan, aku pun mesej ijati. dia kata dia nak kuar. aku nak tambah dia rasa bersalah, aku ckp ijul dah balik. HAHAHA.

akhirnya ijati pun tepon aku. aku tga kat tandas basuh tangan dia kol aku. dua kali aku tak angkat sebab aku cuci tangan aku yg berminyak sebab makan ayam. so ijul pun ajak aku pegi nengok2 pempuan ni. kami pun naik tingkat atas tu. aku tak tau muka ijati ni. ijul pun suruh aku pusing dulu ikut dia. saje nak tgk ape respon ijati tu. aku ikut la. tetibe ijul dekat dgn sorang wanita sopan santun yg pakai baju putih (LOL) rupanya itu IJATI. HAHAAAAAAAAAAAAAAA. aku rasa kelakar. oleh kerana aku tak penah ckp dgn dia, aku pun ikut dua orang ni jalan. ijul kata ijati nak belanja dia. aku pun ikut je la. then ijul pilih untuk makan kat KFC. sorry jai, aku tak order. bukan apa, aku tau kau memang nak belanja ijul jadi aku diam je la. then lepas dapat makanan tu kiteorang duduk. aku bual dgn diorang ni. aku sebenanya tak biasa nak pandang pempuan ni. thats why aku tertunduk tunduk masa bual dgn kau jai. aku MALU. lagi pun ijul ada, so ada lah jugak korang nak bualkan x)

jam menunjukkan hampir 4.30ptg. Ijati kata dia nak balik umah. so pas makan, aku dgn ijul eskot dia turun bawah pegi kat kedai buku sebab kawan dia ada kat situ. lepas tu aku tak tahu nak citer apa. okay skip story. akhirnya ijati suruh kawan dia amek gambar kiteorang bertiga. ijul ni pulak pilih tempat promosi barang dapur. HAHA. aku ikut jea ah. ada satu gambar aku tengah usha usha sinki tu. adoi. ape laaaa. tapi gambar lain okay.

Guys, gua secara jujurnya nak cakap gua happy jumpa korang dua orang. walaupun aku ni macam spoiler kat situ hahah. yela korang penah jumpa sebelum ni. aku jea first time. jadi aku agak janggal lerr. aku tak kisah sebab tak dapat nengok wayang. at least aku dah kenal korang. penah jugak bercakap. laku byk cakap dgn ijul jea. heheh. apape pun, kita nanti bakal sambung belajar. aku pun lagi bape hari ni nak gerak Selangor. korang berdua pun semoga sukses dalam pelajaran okay ! jgn lerr lupe aku yg hamsom ni. HAHA. okay sampai sini jea. once again, Thanks A Lot for being a best friend of mine for both of you Izzul and Izzati ;)

Saturday, May 18, 2013

Hello Kolej Matrikulasi Selangor !

well, nampaknya riuh selepas keputusan UPU keluar. yelah, result ke universiti lah kan. hmmm bila orang tanya, aku akan jawab aku akan pergi ke kolej matrikulasi. "fuyyoh Kamal dapat matriks ! pandainyaaaaaa," hmm itulah antara ayat yg sering aku dgr. lalu jawabku, "bukan pandai lah, rezeki Allah bagi," ye lah kan, ini bukan soal kepandaian atau tak. lihatlah, aku sendiri tak dapat UPU. bermaksud di luar sana ramai lagi yg pandai daripada aku. heheh. aku tak sedih pun. memang aku akan ke Matriks dgn membe aku si Farid Azwan. sekarang dia kat PLKN. nanti balik lettu nak pegi matriks. siaaaan kau botak ye Farid :3 cuma ada lah sikit terkilan. apa yg aku apply semua tak dapat. bersungguh aku buat UPU tu tapi last2 tak dapat. aku tak kisah tapi mak aku nak sgt aku masuk U amek Diploma. tak mau aku blaja struggle mcm kakak aku. aku ni dah la pemalas. takpe mak. saya dah lihat kesusahan bekerja. saya memang nak belajar. saya tak mau jadi penganggur ! nak daftar sambung belajar bukan senang beb. macam2 kena buat. borang itu ini la, bukak akaun segala. itu semua perlukan duit ! keluarga kami bukanlah kaya, tapi aku still bersyukur sebab walaupun hidup besederhana, itu yg akan buat aku belajar erti susah payah hidup and then aku akan hargai jasa mak bapak aku :) In Shaa Allah mak, saya akan belajar baik2 kat sanaa. bawak balik kejayaan untuk mak dgn ayah. kepada korang yg tak dapat UPU tu, jgn risau. ada bnyk lagi options. ada Matriks, Form 6, ada kolej swasta dan mcm2 lagi. bila dah dapat peluang tu jgn lupa pulak study betul2. kita ni bukan dilahirkan pandai semula jadi ye dak ? heheh. then nanti jumpa macam2 jenis orang kat tempat sambung belajar. btw, goodluck kepada semua bakal mahasiswa dan mahasiswi ! so long Johor Bahru, Selangor here i come !