Another You by Cromok
Saturday, February 2, 2013
well well.....
well ? what is well ? all is well ? well itu maksudnyaaa perigi O.o ah, lupakan. heheh, sebenarrnya nak cerita nih. aku tak percayaaa weh ! aku sangat tak percaya. aku dah 18 tahunn. memang ah harijadi belum tiba. tapi dah masuk 2013 kan ? means dah 18 tahun lettu. boleh dikatakan laaa. huii, sedih sebab dah tinggalkan zaman persekolahan. aku kadang2 terasa nak pegi kat sekolah. tapi fikir2 balik, aku nih pemalas. malas belajar. pegi skola just nak jumpa member jea. okay, itu memang normal bagi semuaa budak2 skola. then sekarang ni aku dah pun bekerja. macam biasa lah. kerja kat warung lama. abe panggil aku semula kerja dgn dia. Alhamdulillah saya dpat kawan2 yg baik. semua layan saya dgn baik. tak macam dulu. ye lah, dulu aku kerja time form 4 kot. budak2 macam aku sapa nak layan. skarang dah 18, semua layan macam orang dewasa. tapi aku tetap beware jugak. walaupun geng2 aku semua merokok, aku tetap dgn prinsip aku, TAK MAU MEROKOK ! kawan2 aku tu nama nyaa Raja Mohd Ikhwan, Mizan dgn Hidayat. Hidayat tu dah kawen xD kami jea 3 orang bujang. kerja aku sebagai waiter kat situ. warung aku jual NASI BAJET dgn CHAR KUE TIAU. sedap toqq. ramai nak beli NASI BAJET petang2. lauk dia AYAM GORENG BEREMPAH, KUAH KARI DALCA dgn NASI PUTIH. harga RM3 jea. murah kan ? khas untuk orang bajet lari xD tapi kan, aku dah nak benti kerja. aku bukan apa. letih. dah dua bulan aku kerja. dulu time form 4, 2 minggu jea. dia macam ni. first2 okay. nanti lama2 kau penat. panas, hujan, aku yg kena set up warung. penat. angkat meja, sapu sampah semuaa. aku tak larat. aku rasa lepas ni aku kerja UTM kot. kerja cashier kedai runcit xD okay, tu jea kot. lepas ni tak ada lagi waiter yg handsome kat warung tu. tataaaaaaaaaaaaaaaa IMAN CHAR KUE TIAU :/
its 2013 already aa ?
waaaahh, tajuk macam nak sambut tahun baru. HAHAHA. aku dah lama tak update blog. sayannnnnnnnggggg kat kau blog. rindu ah. heheh. well, so as usual. aku akan kembali update blog nih. aku rasa kalau maen twitter dgn fb jea bosan kot. so, aku tulis2 jea ah kat blog. rasa macam nak ubah suai pun ada. malu ah blog kita tak cantik. tapi apape pun, design blog tu menunjukkan seseorang tu punya peribadi kan ? yelah, macam aku, design simple jea. means aku seorang yg simple dan malaaaas >.< okay, memang malas sebenarnya. dah dah. nanti aku akan cerita apa yg patut. eh apa yg patut eh ? haha :P
Saturday, December 8, 2012
Thinking of you :')
Kenapa ? Hm, suddenly aku teringat kat dia. I dont know. Sebab hari ni 8.12.2012 bday dia. Ada tercatat kat kalendar dalam hp aku neh. Heheh. Sbnarnya, bila citer pasal dia aku menyesal sangat. Menyesal sbb bash dia bagai nak rak kat fb dgn twitter dulu. Ya, i admit. I was foolish. Aku tak matang. Kenapa aku bodoh sangat hentam dia ? Aku cuma nak dia balik kat aku pada masa tu, tapi cara aku buat dia benci kat aku. Aku mintak maaf zureen. Aku mintak maaf. Aku salah sangat dekat kau. Yes, i do regret ! But i'm so proud of her. Dia ni memang tabah. Aku dulu slalu tulis bukan2 pasal dia kat fb dan twitter. Tapi dia sabar jea. Well, post ni memang nampak macam aku nak bodek dia, tapi bukan tu niat aku. Aku just nak dia tau yg aku teringat kat dia. Aku mintak maaf. Aku tak kenang budi dengan kebaikan dia langsung dulu. Tapi, alhamdulillah sekarang aku mampu berfikir secara matang. Baru aku tau btape baiknya dia dgn aku. Dulu aku cuma tau membenci, sekarang aku belajar menghargai. Apape pun, terima kasih pernah bahagiakan aku. Walaupun semua tu dah berlalu. I miss all of our moments together. Well, cukup sampai sini jea ah. Kalau tulis lebih2, pakwe dia marah xD hihi. Btw, happy birthday zureen zulaika. Happy sweet 17 ^.^
Thursday, November 29, 2012
A trip with those superb friends !
haaa. trip pi mana ? pegii gunung pulai naa :3 well, aku, mat, najib, azhar dgn farid naek moto ke sana. okeyy, sumpah aku cakap bontot aku kebas xD ini sume mat punya pasal. apape pun alhamdulillaj, bebas roadblock. semuanya okay6 dan berjalan lancar. well, ini kami punya jadual ...
7.45am- dorang datang umah aku. then gerak.
9.00am- sampai warung, beli roti canai. ntah cemana buleh ada cikgu rozita kat situu xD
9.30am-sampai kat Gunung Pulai 2.
9.30am-11.00am- mandi puas2 :DD
11.00am-11.45am- pegi bandar pontian lepak kat sana. duduk lepak at laut and then lunch kat KFC :D
11.45am-1.45pm-pegi bengkel, tayar najib pecah. then carik masjid, solat, isik minyak.
1.45pm-2.30pm- perjalanan balik.
aku mengaku agak penat. see, tayar Najib ada prob. ini lah gunanya gerak secara kumpulan. tapi masa perjalanan pergi, kami nampak ada motor eksiden. masuk bawah lori. ntah apa jadi kat penunggang uh aku tak tau. so, mende nih bwtkan kiteorang lagi hati hati. apape pun, kiteorang enjoy trip nih. aku pun dah lamee tak mandi air terjun. so, lepas tensen ! HAHAHAHA. later i'll upload those photos :)
7.45am- dorang datang umah aku. then gerak.
9.00am- sampai warung, beli roti canai. ntah cemana buleh ada cikgu rozita kat situu xD
9.30am-sampai kat Gunung Pulai 2.
9.30am-11.00am- mandi puas2 :DD
11.00am-11.45am- pegi bandar pontian lepak kat sana. duduk lepak at laut and then lunch kat KFC :D
11.45am-1.45pm-pegi bengkel, tayar najib pecah. then carik masjid, solat, isik minyak.
1.45pm-2.30pm- perjalanan balik.
aku mengaku agak penat. see, tayar Najib ada prob. ini lah gunanya gerak secara kumpulan. tapi masa perjalanan pergi, kami nampak ada motor eksiden. masuk bawah lori. ntah apa jadi kat penunggang uh aku tak tau. so, mende nih bwtkan kiteorang lagi hati hati. apape pun, kiteorang enjoy trip nih. aku pun dah lamee tak mandi air terjun. so, lepas tensen ! HAHAHAHA. later i'll upload those photos :)
goodbye SMK Kangkar Pulai. Hello dunia luar xD
wahwahwaaaaaaaaaaaaah ! 27.11.2012 tamat la zaman persekolahan aku.bukan aku sorang. malah semua budak yang ambil aliran sains. ahh, tak mau cerita banyak. tapi apa yg penting sekarang kena carik kerja. hmm, boss lama panggil kerja semula. gaji tukang masak RM1200. kalau jual sate dgn ayah, tak tentu pendapatan. kalau kerje laen pun tak tau lagi. well, its hard to decide. nvm. lepak seminggu dulu. ahh, tutup pasai kerja. aku dah tinggalkan banyak memori kat skola uh. sure nanti teringat ingat. hmm, tak apa ah, yg penting kawan2 aku still ada dgn aku. to all classmates of 5SN1 and 5SN2, gudluck untuk anda semuaa. jgn lupa buat solat hajat jugak. mintak Allah perelokkan jawapan SPM kita :D
| ini shuhadah yang buatkan. maltose tu nickname aku xD |
Tuesday, April 10, 2012
i miss you guys !
![]() |
| yan, mal, shaz, ilun :D |
![]() |
| nioor, mustafa, zapah, yanto, malto :) |
Thursday, March 8, 2012
kelebihan solat di masjid dan surau :)
Kelebihan Sembahyang Berjemaah Di Masjid dan surau :DD
Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut."
(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
KELEBIHAN SEMBAHYANG BERJEMAAH DI MASJID/SURAU
Masuk Syurga Tanpa Hisab.
Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
- Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
- Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
- Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan
Terima suratan amal dengan tangan kanan
Semasa bersembahyang di dunia ini manusia akan mengangkat tangannya dan bertakbir. Di hari kiamat pula, tangan-tangan manusia akan terangkat untuk menerima suratan amal (kitab catitan amalan) yang datang sendiri dari Arasy dengan kuasa Allah terus kepada tangan-tangan mereka.
Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya;
Haqqah [19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
Israa [71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya;kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.
Dalam mazhab Syafie hukum sembahyang berjemaah adalah Fardu Kifayah, wajib ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu. Ini bersandarkan hadis:
Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara'); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).
Dalam mazhab Hambali, hukum sembahyang berjemaah ialah Fardu Ain berdasarkan hadis:
Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Namun hadis ini telah dibatalkan setelah Baginda mendapati ramai sahabat yang tercicir dari sembahyang berjemaah.
Mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat hukum sembahyang jemaah ialah Sunat Muakkad berdasarkan hadis yang mengatakan sembahyang jemaah itu sunnatul huda (sunnah petunjuk).
"Dari Ibnu Mas'ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, "Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya." (HR. Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)


