Another You by Cromok

Sunday, April 14, 2013

kemana akan ku tuju selepas ini ?

ahhhhhhhhhhhhhh. lega gila dah habis kemaskini UPU semalam (AHAD, 14/4/2013) hahaha dah lama beli number pin nya tapi still kemaskini lambat. bukan apa, tak yakin dgn pilihan aku tu. kawan2 ramai dah kemaskini. aku jor lambat. hari sabtu hari tu aku ada pegi Karnival Jom Masuk U kat Persada Johor. pegi sana naik motor. pehh panasnyaaa kat bandar tu jangan cakap la. aku rasa lengan aku dah gelap kot --" tulah, tak pakai baju rider masa naik motor. ekeke. well, aku ke sana dgn IKHWAN dan AMIR. sampai jea sana, sesak dia macam baaaa........... HAHA. yelah, nama pun karnival. mesti lah sesak. first booth yg aku kunjung, ada kakak tu panggil kiteorang. "haaaa, awak semua ni lepasan SPM ye ? pakai baju cecantik. muka pun comel2 lagi," EH EH makcik ni. gatai naaaaaa. ah, forget about that ! senang citer gini lah, aku ke sana mengumpul segala maklumat tentang kolej, universiti dan matrix. ada jugak borang yg aku isik. banyak yg swasta lah. tak apa lah, itu semua sebagai tambahan jea. aku balik dalam pukul 4 lebih gitu. nak elak roadblock, aku balik awal. heheh. lagipun aku pegang lesen L, tampal stiker P kat motor xD haih, TERlanggar undang2. so, aku dah fikir masak2 tokk. aku rasa pilihan aku paling tepat ialah UiTM. aku tak kisah kemana UiTM yg aku kena. yg penting aku nak sambung pelajaran aku. so, kos yg aku layak dan aku pilih


antaranyaa...


-DIPLOMA TESL
-DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA
-DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN
-DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN
-DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

ini jea yg aku rasa minat. yg lain aku tak ingat la aku isik apa. well, aku harap aku dapat melanjutkan pelajaran aku. biarlah jauh. mak pun kata biar tempat belajar aku tu jauh. so then i'll learn to survive by myself. yaaa, aku tahu harapan mak ayah aku tinggi untuk aku. walaupun mereka tahu aku ni banyak main2, tapi pada masa yg sama mereka mengharap kan aku. aku sedar perkara ni. tak apa, perlahan2 aku akan ubah diri aku jadi baik. kepada kawan2 semuaa, nanti bila kita terpisah, jgn lupa kat aku okay. kalau2 ada kawan2 lama atau budak2 BATCH 1995 yg terjumpa aku kat tempat belajar yg sama, tegur2 laaaa aku okaayyyy :DD

Sunday, April 7, 2013

Goodluck to me, Good luck to all of you !

hai kawan kawaaaaaaaaaaaaaaan. ehek ehek ehek xD eii, saja nak habaq ni. sepertimana yg kita tau, result SPM 2012 telah pun keluar pada bulan lepas. tak ingat la tarikh dia. hmm, saya saja nak kongsikan kisah saya ni. maybe mampu jadi motivasi kepada anda :)

tersebutlah kisah seorang handsome. namanya Kamal Ariff. tak mampu menarik hati sesiapa. hmm, sesudah tingkatan 3, beliau memilih untuk memilih aliran SAINS TULEN. masa tu beliau cuma nak amek sains tulen sebab ramai rakan2nya berada di kelas sains tulen. akhirnya beliau terpilih ke kelas 4SN1.

*SETAHUN KEMUDIAN*

beliau masih dalam kelas SAINS TULEN (5SN1) beliau masih main2 lagi macam kanak kanak ribena. ini tak kelakar sebab kamal ariff sangat handsome. (ni ape punya cerita ni ?!) okay gua skip. hmm, macam ni. kamal ni pemalas tauk. apa yg memotivasikan dia ? semasa bulan 7, dia ada pegi kem ibnu sina kat Bandar Putra. then terjumpa ex lamanyaaaaa. lepas tu tetibe mereka ni kapel semulaa. si girlprengg nak belajar sama2 dgn dia (janji masin masa bercinta) kemudian si Kamal ni pun amek serius dgn kata2 perempuan tu. akhirnyaa, usahanyaaa membuahkan hasil ! Result trialnya dapat 2A dan tak ada gagal. selama ni gagal dia akhirnya berjaya membuktikan yg dia boleh bangkit !

tapi akhirnyaaa tak sempat sambung belajar kat mana2 pun, pempuan tu tinggalkan kamal yg hansom. kamal terasa dirinya macam bangang sebab terhegeh hegeh kat perempuan tu. akhirnyaaaa, kamal membuat pecutan akhir. beliau membuat banyak sekali latihan addmath, bio, kimia dan physic. yg matapelajaran lain ada jugak beliau buat tapi saya malas nak taip di sini...

hmmm, hari yg dinanti nantikan telah tibaa. SPM akhirnya menjelma juga. tiada tempat, nak lari kemana. hanya mampu redha sahaja. ketika dalam dewan kamal ketawa. rakan sebelah turut ketawa (rakannya itu Anis Nadzirah). setelah sebulan mengambil SPM, tamat la SPM (ape punya ayat ?!)

ahh, aku skip terus lah. dah kering idea. hmm, setelah tamat SPM seperti biasa semua candidates bergembiraaaa. kamal still ikut nasihat Ustaz Halim Shah dan nasihat rakan2 lain. apa dalam doanyaa hanyalah doa untuk dia dan rakan2nya mengecapi kejayaan bersama agar dapat gembirakan hati ibu bapa dan banggakan pihak sekolah.

FINALLY, hari keluar result pun tiba. who knows ? this kid got 5A, 1B, 3C. Alhamdulillah semuanya credit. sudah tertulis kejayaan dan rezeki buat anak ini. mungkin ini berkat ilmu yg cikgu bagi kat dia. mungkin juga berkat doa ibu bapanya. hanya Allah yg tahu.

ingat lah semuaa. gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya. usaha lah. iringi usaha anda dgn doa. Allah itu selalu ada dgn kita. ini bukan lah soal kepandaian. ini hanyalah rezeki yg Allah bagi kat aku. aku harap aku tak berjaya kat dunia sahaja. aku berharap aku dapat berjaya di Akhirat sana !